PETALING JAYA: Adun Merotai dari Warisan, Sarifuddin Hata, memohon maaf kepada Adun Kunak Norazlinah Arif kerana “menumbuk” bahunya, dalam kejadian di DUN Sabah, pada Rabu.
Norazlinah, yang kini menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengumumkan keluar Warisan, pada Februari tahun lalu, terdahulu membuat laporan polis berkait insiden ditumbuk Sarifuddin.
Katanya, Adun itu menumbuk di bahagian bahu kanan, ketika beliau dalam perjalanan meninggalkan bangunan DUN, sambil menggambarkan tumbukan berkenaan menyebabkan badannya berpusing.
Kesan tumbukan itu mengakibatkan lengannya mengalami kesakitan.
Susulan itu, Sarifuddin dalam komen di Facebook memohon maaf kepada Norazlinah, dengan menyatakan melakukan “gurauan mungkin kasar” dengan “tepuk” di bahu, sambil menambah “tiada niat menyakiti”.
Katanya, selepas insiden itu, beliau…