
PETALING JAYA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Teluk Intan kerana menumbuk ibunya yang enggan memberikan RM10, pada Isnin lalu.
Majistret T Ashvinii mengenakan hukuman itu selepas tertuduh, Chai Chon Tak, 29, mengaku bersalah atas pertuduhan dikenakan.
Buruh sawit yang masih bujang itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas ibu kandungnya, Hew Yoke Cheng, 50, di sebuah rumah dalam bangunan pejabat DAP dekat Langkap dalam daerah Hilir Perak, lebih kurang 3 petang, pada 27 Nov 2023.
Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa menumbuk lengan kiri mangsa hingga mengakibatkan kecederaan pada tisu lembut.
Menurut Sinar Harian, sebelum kejadian, tertuduh menemui ibunya untuk meminta RM10, namun mangsa tidak mahu memberikan wang tersebut kerana mendakwa anaknya itu menghisap dadah.
Bagi kesalahan itu, Chai…
