
PUTRAJAYA: Pasukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan pemeriksaan dan menghantar sampel tumpahan minyak yang berlaku di Pelabuhan Tanjung Langsat (PTL), Pasir Gudang ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis.
Ketua Pengarah Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata operasi pemunggahan dihentikan serta-merta di pelabuhan itu dan pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) PTL diaktifkan.
“Dua unit ‘oil boom’ dipasang menggunakan beberapa bot. Selain itu, pemantauan melalui udara dengan menggunakan dron dibuat oleh pasukan ERT dan berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, tiada lagi tompokan minyak kelihatan di permukaan air,” menurut kenyataan.
JAS turut melaksanakan pemantauan berterusan di PTL serta kawasan pantai sekitar Pasir Gudang serta memberikan pemakluman rasmi kepada Pihak Berkuasa Pelabuhan Singapura (MPA).
Berdasarkan laporan setakat ini,…