Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Tumpang Majlis Aqiqah Anak, Uyaina Arshad Seronok Sanding Kali Kedua

today9 May 2023

Background

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengaku seronok apabila diberi peluang bersanding kali kedua sewaktu majlis aqiqah anak sulungnya, Raja Urhan yang kini berusia 7 bulan dan sambutan rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan di putra Glass Hall baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Uyaina atau nama penuhnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, dan suami, Raja Shahiran, 28,Β  tidak berkesempatan melakukan majlis resepsi sebelum ini kerana pada ketika itu dia telahpun berbadan dua.

“Alhamdulillah, kami pun pakai baju tradisional Melayu dan tetamu yang datang pun menggayakan pakaian tradisional juga. Jadi, seronoklah majlis aqiqah, sambutan hari raya dan sambutanΒ  ala-ala resepsi perkahwinan kami yang diadakan serentak.

“Kami tumpang majlis aqiqah anak dan rumah terbuka hari raya juga untuk merasai ‘ala-ala bersanding’. Sebab selepas nikah dulu tidak dapat buat resepsi. Dan pada waktu itu pun, kira-kira 100 tetamu saja yang hadir,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

 

Dalam pada itu, majlis yang berkonsepkan klasik tradisional berkenaan turut dihadiri lebih 350 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan tersebut.

Malah, majlis yang diadakan dengan cukup meriah itu diserikan lagi dengan sketsa Musang Berjanggut dan tarian Ketipang Payung serta nyanyian dari Β Datuk Nora Ariffin menerusi lagu popularnya berjudul, Desa Tercinta.

Dalam perkembangan lain, pengacara popular Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 itu memaklumkan, Β dia tidak pernah terfikir untuk menghantar anaknya ke pusat asuhan kanak-kanak dan lebih selesa anak lelakinya itu berada di bawah jagaan pembantu rumah ketika dia keluar bekerja.

 

Sumber: Harian Metro

Written by: Salma


Previous post