Hot FM

Tumpu VTL negara jiran terlebih dulu, kata Saifuddin



Pelancaran Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin bersama Singapura bakal diadakan 29 Nov depan.

PETALING JAYA: Malaysia menumpukan pada negara jiran terdekat dalam mengadakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) buat masa ini sebelum memperluaskannya kepada negara lain, kata Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

Beliau dipetik Bernama berkata, buat masa ini kerajaan berusaha melancarkan VTL bersama Singapura dan Indonesia, dengan pelancaran VTL bersama Singapura bakal diadakan 29 Nov depan.

Saifuddin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penutup Sesi Pemukiman Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) ke-13 yang diadakan secara maya, hari ini.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis berkata Malaysia ketika ini bekerjasama dengan beberapa rakan ASEM seperti Singapura dan Indonesia untuk melaksanakan VTL.

Ismail Sabri berkata beliau berharap penyambungan semula pergerakan penduduk antara negara akan membantu meningkatkan ekonomi,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version