Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tumpuan global pada Malaysia, muncul sebagai kuasa semikonduktor

today12 April 2024

Background


Pulau Pinang memiliki pemain industri utama dari Eropah dan AS, yang menubuhkan anak syarikat atau mengembangkan operasi sedia ada. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Industri semikonduktor Malaysia menjadi bualan ramai sejak kebelakangan ini apabila ia muncul sebagai kuasa semikonduktor baharu, dengan Pulau Pinang menjadi tumpuan global.

Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyatakan di laman LinkedInnya bahawa Pulau Pinang memiliki pemain industri utama dari Eropah dan Amerika Syarikat, yang menubuhkan anak syarikat atau mengembangkan operasi sedia ada ketika mereka berusaha membina rantaian bekalan global baharu untuk komponen-komponen penting.

“Semikonduktor juga dikenali sebagai mikrocip atau litar bersepadu, ia adalah komponen asas dunia digital hari ini,” katanya dalam video hari ini.

Ia menyatakan terdapat lebih daripada 100 bilion semikonduktor digunakan setiap hari di seluruh dunia, tetapi rantaian bekalan semakin mudah terdedah kerana pembuatan semikonduktor sangat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post