Perdana menteri berkata kerajaan mengamalkan toleransi sifar terhadap rasuah, walaupun mereka bergelar Tun atau Tan Sri.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan pentadbirannya mengamalkan pendekatan sifar toleransi terhadap salah guna kuasa dan rasuah.
Beliau berkata, tindakan akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang didapati melakukan salah laku jenayah seperti itu termasuk mereka yang bergelar Tun atau Tan Sri.
“Kita akan mempertahankan standard etika tertinggi dan tidak akan ada ruang untuk penyalahgunaan kuasa bawah pentadbiran ini. Sebarang pelanggaran akan diambil tindakan tegas walaupun anda seorang Tun atau Tan Sri.
“Tidak kira sama ada anda bersama kerajaan atau pembangkang, kami akan bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih,” katanya dalam ucaptama di Invest Malaysia.
Bulan lalu, New Straits Times yang memetik sumber melaporkan “Tan Sri” Muhyiddin Yassin akan…
