Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Tunai Umrah, Bella Astillah Berangkat Ke Tanah Suci

today14 July 2024

Background

Pelakon dan penyanyi sensasi, Bella Astillah berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah Umrah.

Bella berkongsi berita terbabit itu menerusi kemas kini terbaharu di akaun Instagram miliknya.

“Bismillahirrahmannirrahiim dan Assalammualaikum, Bella akan berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah Insya-Allah.

“Saya mohon maaf seikhlas hati dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua seandainya ada kesalahan baik disengaja mahupun tidak disengaja,” tulis Bella.

Penyanyi lagu Bermanja-Manja ini turut memohon doa orang ramai agar ibadah di Tanah Suci dapat disempurnakan dengan baik.

“Mohon doanya agar ibadah ini dapat terlaksana dengan baik dan diterima oleh Allah S.W.T. Aamiiin.. Semoga semua yang membaca ini juga beroleh rezeki untuk mengerjakan ibadah umrah kelak. Insya-Allah,” tulisnya lagi.

Difahamkan, Bella bakal menunaikan umrah dan seterusnya menjalani penggambaran drama bersiri Satu Hari Nanti terbitan Mache All Star United Sdn Bhd di Makkah.

Selain Bella, drama bersiri arahan Pali Yahya itu itu turut dijayakan oleh Eyka Farhana, Ezaidi Aziz, Erin CTJ dan ramai lagi.

Written by: Salma


Previous post