Tambahnya lagi, hasil kutipan sewa adalah sangat penting kerana ia akan digunakan semula bagi menampung kos penyelenggaraan bangunan, pembaikan kemudahan awam serta perkhidmatan yang dinikmati penduduk di kawasan perumahan awam dan PPR.
“Kita tidak boleh teruskan perkhidmatan kalau bayaran sewa tidak dikutip. Sebab itu kita beri peluang kepada penyewa untuk runding semula, ada ruang untuk bayar ikut kemampuan. Tapi mereka juga perlu faham tanggungjawab itu.
“Kita laksanakan tindakan secara berperingkat, bukan terus keras. Kita mulakan dengan notis, beri advokasi, dan baru kita pasang kunci air. Semuanya bertujuan untuk pastikan kutipan ini dapat disalurkan balik kepada penduduk sendiri,” katanya.
Menurutnya, DBKL turut menerima aduan berkaitan penyelenggaraan bangunan, tahap kebersihan, keselamatan, kekurangan parkir, masalah dadah dan peniaga tanpa kebenaran yang beroperasi di sekitar kawasan PPR.
