Timbalan perdana menteri berkata, Umno tidak pernah menyalahgunakan ayat al-Quran, ijmak ulama untuk kepentingan politik yang sempit.

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana parti yang menjadikan Islam sebagai tunggangan mereka tidak akan mendapat keredaan Allah.
Katanya, ia terbukti apabila ada parti yang memenangi banyak kerusi pada PRU15 gagal membentuk kerajaan, sebaliknya Umno yang tidak memenangi banyak kerusi dapat menganggotai kerajaan perpaduan.
“Kalau siasah jadi matlamat dan Islam jadi tunggangan, biarpun kerusi yang diperolehi banyak, tetapi tidak jadi kerajaan kerana tidak ada reda daripada Allah,” katanya tanpa menamakan mana-mana parti.
“Biarpun sedikit, tapi kita (Umno) jadi kerajaan, maka gunakan kedudukan itu bukan untuk menzalimi sesiapa, sebaliknya kita mahu…
