
PETALING JAYA: Hartal Doktor Kontrak (HDK) menunda mogok kedua di seluruh negara yang dirancang diadakan hari ini sementara menunggu keputusan mesyuarat Jemaah Menteri.
Kumpulan yang mendesak supaya pegawai perubatan kontrak diberi jawatan tetap itu berkata, keputusan membatalkan mogok itu selepas mengambil kira kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 26 Nov bahawa isu berkenaan akan dibawa ke Jemaah Menteri dalam masa dua minggu.
Sebelum ini dilaporkan lebih 5,000 doktor kontrak akan mengadakan protes hari ini berhubung beberapa isu tidak dapat diselesaikan membabitkan perkhidmatan mereka.
“Sekretariat HDK mengambil maklum kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bertarikh 26 Nov (di mana) dinyatakan bahawa dalam tempoh dua minggu dari tarikh tersebut, beliau akan membawa hal ini ke mesyuarat Jemaah Menteri agar penyelesaian dapat dicapai,” katanya…