Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Tunjuk Surat Peguam, Puteri Sarah Saman Bekas Menantu Kazar Saisi

today3 September 2023

Background

Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik surat yang memaparkan notis saman daripada pihak peguamnya di Instagram.

Meneliti hantaran berkenaan, Puteri Sarah telah menghantar notis saman kepada bekas kakak ipar Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan kerana telah menjaja cerita tentangnya di media sosial.

β€œAlhamdulillah, good news from my lawyers. β€˜Kerana mulut badan binasa’. Next? Love, PSL ❀️❀️❀️,” tulis Sarah ringkas sebagai kapsyen.

Sebelum ini, Puteri Sarah mendedahkan bahawa pemilik akaun Instagram Wiwie Darvienda Mazweena masih bercakap buruk mengenainya walaupun pihaknya telah menarik saman.

Susulan itu, Puteri Sarah tekad untuk memfailkan semula saman ke atas bekas menantu Kazar itu.

Artikel Berkaitan:Β β€œDah Tarik Saman Masih Nak Menyalak!” – Puteri Sarah Dedah Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Masih Jaja Cerita

Artikel Berkaitan:Β Puteri Sarah Tetap Teruskan Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar – β€œKalau Tak, Tak Akan Berhenti Menyalak”

Written by: Aqilah


Previous post