
PETALING JAYA: Penganalisis politik menjangkakan pertembungan antara sekutu, sepertimana tuntutan MCA ke atas DUN Kota Lama yang disandang Amanah, akan melarat ke kawasan lain terutama kerusi DAP.
Ariff Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara berkata kebijakan dalam perundingan kerusi amat penting jika Barisan Nasional dan Pakatan Harapan mahu bekerjasama pada PRU16.
Beliau mengambil kira situasi MCA ketika ini yang walaupun sebuah parti nasional dianggap ‘minoriti’ berbanding DAP dari segi sokongan pengundi.
“Pertembungan ini memang tidak dapat dielakkan,” katanya kepada FMT. “Mereka berkeras mahu bertanding kerana mahu menguji tahap sokongan pengundi, selain mahu buktikan masih relevan.”
Ariff menambah pemimpin utama BN dan PH harus menunjukkan kebijakan dengan mencari penyelesaian yang tidak merugikan mana-mana…