Hot FM

Tuntutan difail di Singapura berkait Eric Tan, sekutu Jho Low


1mdb
Pasukan Petugas Pemulihan Aset 1MDB berkata, empat syarikat yang menyaman DBS Bank berkait akaun dibuka sekutu Jho Low, Eric Tan. (Gambar Reuters)
KUALA LUMPUR:

Pasukan Petugas Pemulihan Aset 1MDB memaklumkan tuntutan ganti rugi yang difailkan pelikuidasi lantikan mahkamah bagi empat syarikat yang menyaman DBS Bank adalah berkaitan dengan akaun dibuka sekutu Jho Low, Eric Tan.

Pada Rabu, pelikuidasi empat syarikat, iaitu BlackRock Commodities (Global) Ltd, Platinum Global Luxury Services Ltd, Affinity Equity International Partners, dan TKIL Global Investments Ltd, dilaporkan memfail dan menyerahkan tuntutan ganti rugi melebihi SD1 bilion di Mahkamah Tinggi Singapura ke atas bank pemberi pinjaman terbesar di Asia Tenggara itu.

Dalam kenyataan, pasukan petugas itu memaklumkan berdasarkan penyataan tuntutan difailkan, lima akaun berkenaan telah dibuka dengan DBS, pada 2013.

Menurutnya, dokumen pembukaan akaun untuk empat syarikat itu menamakan Tan Kim Loong, yang lebih dikenali…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version