
PETALING JAYA: Tuntutan supaya penyandang yang melompat dari Umno dikekalkan bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) menjadi faktor parti itu tidak akan berpakat dengan Perikatan Nasional (PN), kata ketua penerangannya, Shahril Hamdan.
Katanya, Umno tidak boleh menerima perkara itu memandangkan calon berkenaan menang atas tiket dan titik peluh jentera parti.
“Antara banyak sebab kenapa kami tak berpakat dengan PN ialah perkara ini. Kerana ‘demand’ (tuntutan) PN itu merangkumi suatu tuntutan bahawa sesiapa yang melompat harus dihormati sebagai ‘incumbent’ (penyandang) dan tidak diganggu,” katanya dalam Facebook.
Beliau berkata demikian ketika menjawab kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam wawancara ringkas yang dimuat naik dalam Facebook miliknya. Dalam video pendek itu,…