Site icon Hot FM

Tuntutan palsu lebih RM280,000, 3 termasuk pengetua asrama ditahan


Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga suspek itu dipercayai telah bersubahat dan melakukan tuntutan palsu sejak September 2020 hingga Ogos 2022.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menahan tiga individu, membabitkan seorang pengarah urusan, seorang pengurus operasi syarikat dan pengetua asrama pemulihan akhlak, disyaki terbabit tuntutan palsu dianggarkan lebih RM280,000.

Menurut sumber, dua suspek yang berjawatan pengarah di sebuah syarikat yang sama itu, disyaki bersubahat dengan pengetua asrama berkenaan dengan mengemukakan tuntutan palsu lebih RM280,000, bagi perkhidmatan pembekalan serta penyediaan makanan di asrama pemulihan akhlak di Johor Bahru, Johor.

“Ketiga-tiga suspek ini dipercayai telah bersubahat dan melakukan tuntutan palsu berkenaan sejak September 2020 hingga Ogos 2022.

“Suspek-suspek berusia sekitar 30-an hingga 40-an itu, ditahan sekitar jam 5 petang tadi (semalam) ketika hadir di pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version