Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tuntutan palsu: Penolong pegawai Jabatan Perangkaan didenda RM45,000

today11 March 2025

Background


Mahkamah Majistret Ayer Keroh
Norrul Huda Marsidin didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan. (Gambar Facebook)

MELAKA: Seorang Penolong Pegawai Jabatan Perangkaan didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu, empat tahun lalu.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu ke atas Norrul Huda Marsidin, 42, serta menetapkan hukuman penjara 15 bulan jika gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa secara tidak jujur menggunakan dokumen invois milik FIS Gemilang Enterprise bertarikh 22 Nov 2021 bagi perkhidmatan pembekalan makan dan minum untuk dua program di Jabatan Perangkaan Negeri Melaka berjumlah RM6,640.

Kesalahan itu dilakukan di Jabatan Perangkaan Negeri Melaka, Wisma Persekutuan, Melaka Tengah pada November 2021.

Norrul Huda didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post