
PETALING JAYA: Ketua pegawai eksekutif syarikat tersenarai awam antara dua individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki rasuah dan mengemukakan tuntutan palsu pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
Sumber berkata, suspek lelaki berusia 60-an dan wanita yang juga pengarah sebuah syarikat berusia lingkungan 40-an itu ditahan antara 7 malam hingga 11 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang masing-masing merupakan ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat tersenarai awam dan pengarah syarikat disyaki bersubahat mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu untuk mengeluarkan wang syarikat berjumlah kira-kira RM2.6 juta yang kemudian dipindahkan ke akaun syarikat suspek wanita itu bekerja,” katanya.
Perintah…
