Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tuntutan subsidi diesel berkurang 51.6% pada Ogos

today22 October 2024

Background


diesel
Pada Jun, kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel yang mensasarkan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan darat melalui kaedah ‘fleet card’.

KUALA LUMPUR: Amaun tuntutan subsidi diesel oleh syarikat minyak bagi Ogos 2024 berkurang sebanyak 51.6%, berbanding amaun tuntutan bagi Mei, sejak pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun, menurut Kementerian Ekonomi.

Kementerian itu berkata, kuantiti tuntutan juga menurun sebanyak 47.4% dalam tempoh yang sama.

“Mulai tahun ini, kerajaan akan melaksanakan penyasaran semula subsidi secara berfasa bagi membendung ketirisan yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara.

“Melalui pelaksanaan penyasaran subsidi diesel ini, kerajaan menganggarkan penjimatan perbelanjaan mengurus sebanyak RM4 bilion setahun,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Kementerian berkata demikian menjawab soalan Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) yang ingin tahu sebarang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post