Menteri di JPM berkata peluang itu dilihat berdasarkan fakta dan bukti jelas menyebelahi negara.

KUALA LUMPUR: Peguam dilantik bagi mengendali isu tuntutan kumpulan Sulu yakin Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk menang berdasarkan fakta dan bukti jelas yang menyebelahi negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata beliau mengadakan lawatan bersama Peguam Cara Negara II Almalena Sharmila Johan (mewakili Jabatan Peguam Negara) dan Duta Besar Malaysia ke Sepanyol Akmal Che Mustafa ke Madrid, Sepanyol di mana lapan individu yang mendakwa waris Sulu memulakan timbang tara.
Katanya, dalam lawatan itu, beliau telah mengadakan perbincangan dan menerima taklimat daripada firma guaman yang mewakili Malaysia iaitu Uria Menandez dari Sepanyol, Bredin Prat (Perancis), Fietta LLP (United Kingdom)…