
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang membidas rancangan kerajaan menurunkan duti hiburan pada tahun depan yang didakwanya akan menyebabkan lebih banyak program melalaikan dianjurkan.
Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) turut mendakwa pertambahan program itu juga akan menyebabkan pergaulan bebas, sambil secara sinis berkata langkah itu bertentangan dengan pengenalan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah.
Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Putrajaya menilai semula keputusan berhubung pengurangan duti hiburan yang disifatkan tidak memberi manfaat untuk mensejahterakan kehidupan rakyat.
“Nilai semula keputusan ini kerana sejauh mana ia memberi keuntungan untuk pembentukan generasi berakhlak mulia dan memiliki jati diri yang tinggi.
“Jangan sampai tangan kanan beri madu tangan kiri memberi racun,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2024 di…