
Pihak Polis Daerah Kulai mengesan satu video tular berdurasi 33 saat yang dimuat naik di laman Facebook Community Roda Johor pada 22 Ogos 2026, kira-kira jam 3.00 petang.
Video tersebut memaparkan tindakan sekumpulan individu yang menutup jalan awam serta dua buah motosikal (nombor pendaftaran dan jenis tidak pasti) yang bersaing sesama sendiri dari KM 33 Susur Tol Senai Utara sehingga KM 31 Susur Johor Premium Outlet (JPO) di Lebuhraya Linkedua.