
KUALA LUMPUR: Tanpa pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), Malaysia tidak akan berjaya mencapai cita-cita menjadi negara berpendapatan tinggi seperti yang ditetapkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata pesuruhjaya tinggi Britain yang baharu ke Malaysia, Ailsa Terry.
Bercakap kepada media pada seminar penutup program Kemahiran untuk Kemakmuran di Malaysia (SfP-Malaysia) semalam, Terry berkata, lima universiti British sudah pun berada di Malaysia, satu-satunya negara di dunia yang mempunyai sebegitu banyak universiti British.
“Kami mahu sokong (TVET Malaysia) semampu kami. Saya ingin memastikan bahawa semua perwakilan UK di sini – sekolah, universiti – benar-benar membantu kerajaan mencapai matlamat TVET.
“Ia tentang bekerja bersama, lebih daripada (United Kingdom) memberi sebarang bantuan,” tambahnya sambil berkata,…
