Imbas untuk muat turun aplikasi

Videos

214 Results / Page 18 of 24

Geng Pagi Hot

Ending Utusan Cinta Buat Adam..

Hari ini episod terakhir drama Utusan Cinta Buat Adam, jadi Geng Pagi Hot buat lah parodi sikit! Hehe. Drama ini menampilkan Kamal Adli, Puteri Aishah dan Sharifah Sakinah sebagai pelakon utama. Ditayangkan di slot Akasia setiap Isnin – Jumaat pada jam 7 malam di TV3, hari ni merupakan episod akhir! So ending kitorang lagi best ke ending kat tv lagi best? Hehe..

today9 August 2019

Geng Pagi Hot

Shuk menyambut bayi

Berita gembira dari penyampai Geng Pagi Hot, Shuk baru je tukar status baru kepada 'Bapa Anak Dua'.. haaa, kalau korang nak tau, sepatutnya isteri Shuk dijangka melahirkan pada hujung bulan Julai ni, tapi berita baik ini disambut seawal 3 minggu. Tapi menurut Shuk, disebabkan ini adalah sambutan anak mereka yang kedua, dia dan isteri lebih tenang menghadapi saat-saat menunggu kelahiran baby girl mereka.. Kami sama-sama tumpang happy dengan berita ni.. […]

today18 July 2019

Geng Pagi Hot

Surat Cinta Untuk Akim tapi Stacy yang baca! Habislah..

Bayangkan kalau kita terbaca surat cinta yang ditulis kepada pasangan kita. Confirm boleh terbalik dunia..huhu.. Tapi lain pulak dengan Stacy ni, cute gila reaksi bila dia sendiri yang baca surat-surat cinta peminat kepada suaminya si Akim, yang juga penyanyi utama kumpulan Akim & The Majistret. Kalau korang nak tau, surat-surat ini tersimpan hampir setahun. Bukan tu aje, surat tu telah diposkan ke alamat pembaca berita Buletin Utama TV3. Yang bestnya, […]

today17 July 2019

Jamming Hot

Teguh Setia – Muna Shahirah

Bakatnya dicungkil dari salah sebuah program realiti dan kini Muna Shahirah sudah punya single yang mampu memikat penikmat muzik. Terima kasih Muna melengkapi list Jamming Hot kali ini. Antara yang menarik mengenai Muna ni, dia pun macam kita-kita marhaen ni juga yang mana dia suka nyanyi dalam tandas! Min pernah semeja dengan Muna masa buka puasa tahun ni, ternyata dia seorang yang peramah umpama pop corn. Ada saja yang dikongsikan […]

today16 July 2019

Yang Hangat

K – CLIQUE – Freestyle di konti Hot FM

Tak ramai yang begitu mengenali kumpulan hip-hop yang dianggotai oleh 8 orang anak muda kelahiran Sabah ini. Tapi kalau korang nak tahu, K-Clique memang famous gila di Sabah atau lebih dikenali secara underground. Setelah memasuki indsutri muzik Hip-Hop secara mainstream bermula tahun 2015. K-Clique mula mendapat tempat di kalangan peminat muzik Hip-Hop tempatan hingga menjadikan MV single Lane Lain Line mendapat tontonan sebanyak 7.5 juta di Youtube.. Swag gile! Jangan […]

today14 July 2019

Jamming Hot

Bukan Cinta Aku – Dinie & Khai

Yang istimewa kami berikan kepada kalian untuk sessi ekslusif artis di Jamming Hot ini, yang mana kali ini lagu adalah lagu dari OST drama Bukan Cinta Aku. Dari Dinie dan Khai yang tidak melihat kekurangan mereka untuk melontarkan vokal dan memberikan feel kepada penikmat muzik lagu berentak balada. Benarlah kekurangan bukan ukuran tapi bakat mengatasi segalanya. Enjoy lagu ini tentunya di Jamming Hot!

today12 July 2019

Geng Pagi Hot

Zizi Kirana Berhijab Atas Niat Sendiri?

GPH sempat berborak dengan Zizi Kirana tentang single baru Mintak Lagi.. Bukan borak pasal lagu je, alang-alang gadis genit yang memang hot dengan imej yang daring ni, dia sempat beri pencerahan tentang isu berdasarkan tajuk artikel di atas. Korang tak tau ke? Kemonnnn.. masa ni lah korang siapkan jentera bawang.

today10 July 2019

Jamming Hot

Pulang – Insomniacks

Tercalon dalam kategori Band Terbaik menerusi penganjuran Anugerah Planet Muzik 2018 (APM2018) di Singapura pada tahun lalu, menjadi momen manis buat band Insomniacks ini. Mendapat banyak tontonan di Youtube untuk lagu Pulang adalah langkah progresif buat band ini. Apabila ditanya apa yang menarik mengenai lagu Pulang, mereka mengatakan lagu ini lebih banyak disuntik bunyi-bunyian gitar dan orkestra. Malah, liriknya juga mempunyai maksud tersirat untuk ditebak pendengar. Tidak meletakkan sebarang jangkaan […]

today9 July 2019

Geng Pagi Hot

Siti Nordiana pilih Khai Bahar ke Fikry Ibrahim?

Siti Nordiana dan Khai Bahar singgah konti Hot FM tadi sebab nak promote single terbaru Satukan Rasa, tapi GPH buat hal laa.. dia pegi call Fikry Ibrahim semata-mata nak suruh Nana pilih antara Khai dan Fikry. Korang kena tengok siapa yang jadi pilihan Nana. Dan, eksklusif jugak untuk korang, mereka siap nyanyi live masa interview ni. Korang layan k!

today5 July 2019