Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Tyra Kamaruzzaman Timang Baby Girl

today20 January 2025

Background

Pempengaruh terkenal, Tyra Kamaruzzaman berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan bayi perempuan sulungnya pada Ahad.

Perkara itu dikongsi Tyra atau nama penuhnya,  Athirah Kamaruzzaman dan suami yang juga pereka fesyen, Emran Rijal menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, Masha-Allah, TabarakAllah.

“We’ve welcomed our angel blessing, Tyara Binti Emran, 19th January 2025 morning ,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tyra Kamaruzzaman (@tyrakmrzmn)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pempengaruh popular tanah air mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi.

Untuk rekod, Tyra dan Emran mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2024 dan dinikahkan sendiri oleh bapa Tyra iaitu, Haji Kamaruzzaman.

Pada majlis nikah yang berlangsung di Boathouse, Kuala Lumpur, Tyra menerima mas kahwin sebanyak RM1,111.

Written by: Salma


Previous post