Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ubah Gaya Rambut, Penampilan Amir Ahnaf Buat Peminat Cair!

today8 March 2023

Background

Pelakon baru yang sedang mencipta nama dalam dunia lakonan, Amir Ahnaf semakin mendapat perhatian dalam kalangan warganet.

Malah, kemunculannya pada acara karpet merah yang berlangsung baru-baru ini mencetuskan fenomena di media sosial apatah lagi dia berjaya membawakan wataknyaΒ  dengan baik Β dalam drama bersiri Projek: High Council.

Memegang watak sebagai Kahar dengan gaya rambut kerinting sebagai ‘trademark’nya, Amir bagaimanapun tampil dengan gaya ‘cool’ apabila hadir dengan penampilan terbaharunya pada acara berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amir Ahnaf (@amir.ahnaff)

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat anak muda berusia 23 tahun ini memuji penampilan Amir yang dianggap seksi sehingga ada yang menyamakannya dengan pelakon terkenal Bollywood, Arjun Rampal.

Bahkan, ada juga yang berseloroh mengatakan aktor ini adalah cinta hati mereka.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di laman sosial TikTok,Β  rata-rata video yang dimuat naik aktor berkenaan mendapat sambutan hangat sehingga mencecah jutaan tontonan.

 

Written by: Salma