
PETALING JAYA: Umno masih dalam proses mengumpul maklum balas berkait cadangan untuk mengubah kaedah sistem pemilihan jawatan tertinggi parti itu, kata Naib Presidennya, Khaled Nordin.
Khaled berkata cadangan untuk mengubah sistem pemilihan itu dikemukakan pada persidangan tahun lalu oleh beberapa bahagian Umno.
“Atas sebab itu, parti kini sedang mengumpul maklum balas dari semua bahagian seluruh negara melalui Biro Keahlian dan Perlembagaan Umno,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Umno Langkawi Mohd Nazifuddin Najib semalam yang menolak usaha mengembalikan sistem pemilihan lama yang dianggap tidak relevan dengan realiti politik semasa, malah bercanggah prinsip demokrasi dan keterbukaan diperjuangkan parti.
Pada 23 Jan lalu,…