Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ubah status tanah rizab Melayu: Pengarah urusan syarikat bebas reman

today30 May 2024

Background


gavel
Suspek didakwa rasuah penjawat awam bagi ubah status tanah rizab Melayu seluas 650 hektar. (Gambar Reuters)

IPOH: Pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan hartanah yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa, telah dibebaskan hari ini.

Majistret S Punitha membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam mewakili suspek.

Menurut sumber, suspek bebas dengan jaminan RM50,000 beserta dua penjamin dan perlu hadir ke Pejabat SPRM setiap bulan.

Pada Isnin, SPRM menahan suspek ketika hadir memberi keterangan di pejabat agensi itu di sini kerana disyaki memberi rasuah kepada seorang penjawat awam bagi mengubah status tanah rizab Melayu seluas 650 hektar.

“Ini menyebabkan tanah rizab Melayu tersebut dipecah sempadan dan dipindah milik kepada syarikat serta individu bukan Melayu,” katanya.

Berikutan itu, suspek direman empat hari bermula Selasa lepas.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Malaysia sasar enam tali pinggang

Taiping: Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya enam daripada 12 tali pinggang dalam Kejohanan Malaysia International Muay Championship (MIMAC) yang berlangsung di Dataran Warisan, Taiping, Perak bermula esok hingga Ahad ini.

today30 May 2024