Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ucapan naib canselor diambil luar konteks, kata UTeM

today2 November 2024

Background


Massila Kamalrudin
Universiti Teknikal Malaysia Melaka berkata Naib Canselor, Massila Kamalrudin hanya menasihati pelajar supaya menjaga tata kelakuan sebagai mahasiswa dan menjauhkan perkara-perkara yang tidak baik. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menegaskan bahawa ucapan Naib Canselor, Massila Kamalrudin yang didakwa memberikan nasihat tidak sesuai kepada pelajar, diambil di luar konteks.

Universiti itu mendakwa video ucapan Massila di YouTube telah disunting dan tidak menggambarkan maksud sebenar yang ingin disampaikannya.

Dalam video itu, Massila berkata tidak salah untuk memikat dekan atau pensyarah tetapi jangan mempunyai hubungan ketika di universiti.

“Kalau nak mengurat dekan sekali pun tiada masalah, jodoh itu di tangan tuhan tetapi jangan buat skandal dalam universiti,” katanya dalam video itu yang kini sudah diturunkan.

Bagaimanapun, UTem berkata Massila hanya menasihati pelajar supaya menjaga tata kelakuan sebagai mahasiswa dan menjauhkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Selangor bangkit tewaskan Kedah

Alor Setar: Hasrat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk meraih mata di laman sendiri tidak kesampaian apabila tewas 0-1 kepada Selangor FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

today2 November 2024