Hot FM

Ucapan naib canselor diambil luar konteks, kata UTeM


Massila Kamalrudin
Universiti Teknikal Malaysia Melaka berkata Naib Canselor, Massila Kamalrudin hanya menasihati pelajar supaya menjaga tata kelakuan sebagai mahasiswa dan menjauhkan perkara-perkara yang tidak baik. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menegaskan bahawa ucapan Naib Canselor, Massila Kamalrudin yang didakwa memberikan nasihat tidak sesuai kepada pelajar, diambil di luar konteks.

Universiti itu mendakwa video ucapan Massila di YouTube telah disunting dan tidak menggambarkan maksud sebenar yang ingin disampaikannya.

Dalam video itu, Massila berkata tidak salah untuk memikat dekan atau pensyarah tetapi jangan mempunyai hubungan ketika di universiti.

“Kalau nak mengurat dekan sekali pun tiada masalah, jodoh itu di tangan tuhan tetapi jangan buat skandal dalam universiti,” katanya dalam video itu yang kini sudah diturunkan.

Bagaimanapun, UTem berkata Massila hanya menasihati pelajar supaya menjaga tata kelakuan sebagai mahasiswa dan menjauhkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version