Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ugut Bunuh Diri Jika Tak Jadi Bini No 2 Aiman Tino, Ibu Buat Laporan Polis – “Seram Sejuk Baca Ayat Dia”

today5 May 2023

Background

Ibu kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil memaklumkan telah membuat laporan polis apabila seorang gadis mengugut untuk membunuh diri jika tidak dapat menjadi isteri kedua anaknya.

Menerusi perkongsian Hazelina di Instagram, dia mendedahkan bahawa gadis tersebut sering mengganggu dirinya dan keluarga walaupun telah disekat beberapa kali.

Kongsi Hazelina, sebelum ini dia pernah membuat Aiman untuk bertemu dengan gadis yang dianggap sebagai peminat tersebut.

Bukan itu sahaja, gadis tersebut turut memiliki nombor telefon Aiman malah disebarkan kepada orang lain.

Lebih parah, gadis ini menyatakan hasratnya untuk menjadi isteri kedua kepada Aiman yang baru saja melangsungkan perkahwinan pada 27 April lalu.

Ibu kepada pelantun lagu Ku Rela Dibenci ini turut menyertakan tangkap layar perbualan gadis tersebut sebagai bukti.

Pada hantaran lain, Hazelina menunjukkan yang dia telah membuat laporan polis terhadap gadis tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan risau akan Aiman terpalit sama.

Untuk makluman, Aiman telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya iaitu Che Syarah Haifa pada 27 April lalu.

Artikel Berkaitan: Aiman Tino Sah Bergelar Suami, Cinta Berputik Selepas 4 Tahun Berkawan

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Skuad hoki negara tekad kekal dominasi

Kuala Lumpur: Pasukan hoki remaja kebangsaan bersedia untuk menggalas cabaran meneruskan dominasi emas dalam acara hoki padang lelaki Sukan Sea lebih lima dekad, walaupun bakal berdepan lawan lebih berpengalaman.

today5 May 2023