Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ugut bunuh PMX di TikTok, pemandu lori dipenjara 6 bulan

today30 January 2024

Background


Dalam video TikTok tahun lepas, Faizal Mohamad menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang sanggup menembak ‘PMX’ dan menteri-menteri lain. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana mengeluarkan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam sebuah video TikTok tahun lepas.

Hakim N Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu ke atas Faizal Mohamad, 35, selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau aplikasi untuk mengugut atau mengganggu orang lain.

Faizal akan menjalani hukuman itu mulai hari ini.

Tahun lepas, Faizal memuat naik video TikTok menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang sanggup menembak “PMX”, merujuk kepada perdana menteri ke-10, dan menteri-menteri lain.

Laporan polis kemudiannya dibuat berhubung kandungan video itu dan video itu telah diturunkan.

Terdahulu, semasa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Ho Kit Yen


Previous post

Sukan

K Devan, NSFC berpisah

Seremban: Jodoh K Devan bersama Negeri Sembilan FC (NSFC) terhenti selepas kelab berkenaan tidak lagi menyambung kontraknya sebagai ketua jurulatih Negeri Sembilan bagi persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 yang bermula 3 Mei depan.

today30 January 2024