Site icon Hot FM

UiTM Pulangkan Yuran Kolej Kediaman Sepanjang PKP

Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan memulangkan yuran kolej kediaman dikenakan terhadap pelajar sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mulai 18 Mac lalu.

Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim, berkata pemulangan yuran kolej kediaman itu akan dibuat menerusi kaedah pemindahan baki ke semester seterusnya.

Bagaimanapun, katanya, yuran pelajaran tidak akan dipulangkan berikutan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) masih diteruskan secara dalam talian.

Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim.

Ketahui lebih lanjut dengan klik sini.

Exit mobile version