Hot FM

Ujian khas kemasukan Tingkatan 1, 4 MRSM bermula 3 Dis



Semua calon terlibat akan menduduki ujian khas di 61 pusat ujian terpilih melibatkan 53 MRSM di seluruh Malaysia dan lapan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang lain.

KUALA NERANG: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengadakan ujian khas untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi pelajar Tingkatan 1 dan 4 tahun 2022, pada Dis ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Mahdzir Khalid, berkata Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM), Ujian Khas Ulul Albab dan Ujian Teknikal bagi Tingkatan 1 dan 4 itu, bermula 3 Dis bagi calon yang berada di Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu.

“Manakala bagi calon dari negeri yang lain akan bermula pada 4 Dis 2021,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan buku bacaan dan topi keledar kepada Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi sekolah-sekolah bawah Parlimen Padang Terap, di Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap.

Mahdzir berkata, calon terlibat akan dipanggil menduduki ujian itu secara…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version