Pempengaruh media sosial, Saby Rose, 30, berkongsi detik penuh emosi menerusi satu video di TikTok bersama pendakwah muda, Iddin Ramli, 29. Saby menceritakan detik yang membuatkan dirinya benar-benar istiqamah dalam perubahan hidup.
Artikel Berkaitan: Isteri Ker*t Kemaluan Suami Ketika Tidur, Cemburu Baca Mesej Dengan Wanita Lain
Saby sebak kenang pemergian bapanya

Ketika ditanya Iddin dalam sebuah podcast mengenai perkara yang membuatnya kuat untuk terus istiqamah, Saby menjawab dengan penuh rasa sebak.
Allah itu dah baik dengan aku, tapi aku yang jahat.
Saby turut berkongsi bahawa kehilangan ayah bukanlah ujian yang paling buruk dalam hidupnya, sebaliknya ujian yang datang itu menjadi tanda kasih sayang Allah.
Ujian besar datang bersama kesedaran

Dalam sesi tersebut, Iddin Ramli menambah bahawa ramai yang menyangka tanda Allah sayang adalah apabila semua doa dimakbulkan, sedangkan hakikatnya kasih sayang Allah hadir dalam bentuk ujian dan kehilangan.
Tanda Allah sayang kita, Dia jauhkan…