Menerusi video yang dikongi oleh @saysseismik.ig, kelihatan lelaki berkenaan mencedok air yang asalnya kotor dari bawah tanah.
Kemudian, dia menggunakan bekas air mineral dan kain putih yang dicarik untuk proses menapis dan menjernihkan air itu.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah betapa sukarnya rakyat di sana mendapatkan air bersih hanya untuk digunakan untuk membancuh segelas kopi.
Namun begitu, tidak dinafikan rakyat Gaza sememangnya bijak memikirkan pelbagai cara demi meneruskan kehidupan mereka.
Berikut antara komen netizen di Instagram:
