Bagi warga utara di Kedah dan Perlis, Ayam Bismi bukanlah satu nama yang asing. Ia adalah jenama ayam segar halal yang mempunyai standard piawaian ketat dengan pengawasan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).
Baru-baru ini pihak tertinggi Ayam Bismi menjejakkan kaki ke Kaduna, Nigeria. Tujuannya, bersama-sama menyantuni komuniti Islam di sana dengan pelbagai aktiviti kebajikan.
12 Disember 2025 menjadi detik bersejarah bagi jenama Ayam Bismi kerana sebuah masjid…
