Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ulama harus berani tegur kerajaan, kata Anwar

today25 May 2023

Background


Perdana menteri berkata pemerintah sedia mendengar teguran asalkan ia bukan memfitnah atau menghukum.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Program Muzakarah Ulama dan Umara: Festival Turath Islami Selangor 2023.

SHAH ALAM: Ulama harus berani menegur kerajaan dalam usaha negara mengangkat martabat umat Islam negara ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pemerintah sedia mendengar teguran itu asalkan ia bukan memfitnah atau menghukum.

“Ulama boleh tegur dengan baik, menghormati dan mendampingi supaya (kerajaan) boleh perbaiki. Itu yang ditekankan…bukan mencerca, memfitnah atau menghukum.

“Insya-Allah kita akan mendengar. Ada hal-hal yang kadang kita setuju tetapi mungkin tidak laksanakan segera kerana keterbatasan di negara kita dan tahap kefahaman umat juga satu hal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Muzakarah Ulama dan Umara: Festival Turath Islami Selangor 2023.

Sementara itu, mengulas serbuan Kementerian Dalam Negeri (KDN)…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nora Mahpar


Previous post