Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ulas Isu PU Azman, Caprice Dedah Perkara Sebenar – “Anda Telah Tertipu Dengan Pakaian Mereka!”

today13 October 2022

Background

Baru-baru ini kes melibatkan amang seksual membabitkan pendakwah selebriti PU Azman yang terpalit dengan lima pertuduhan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan hakim pada Rabu.

Susulan isu tersebut, penyanyi rap Caprice tampil mengulas isu berkenaan di Instagram Story miliknya.

Menurut Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, dunia kini sudah terbalik dan umat Islam perlu bangkit membanteras isu jenayah ini tidak kiralah ia melibatkan golongan pendakwah atau sebaliknya.

Malah, menerusi aplikasi soal jawab di Instagram Story tersebut, Caprice beranggapan, adalah tidak normal bagi seorang individu berusia lingkungan 40-an bertanyakan soalan kepada kanak-kanak atau remaja sama ada mereka sudah mempunyai pasangan ataupun belum.

Bahkan, Caprice juga berpendapat bahawa, budaya ‘couple’ dalam Islam adalah haram.

“Okay, kita abaikan fakta yang dia ustaz ke atau selebriti ke… Tapi adakah normal bagi seorang yang berusia 40 tahun bertanyakan soalan kepada kanak-kanak sama ada dah couple ke belum?

“Couple atau berpasangan dalam Islam adalah haram. Tapi adakah okay bagi seorang uztaz berusia 40 tahun bertanyakan soalan sebegitu dan kemudian ketawa mengenai isu tersebut? Itu tidak lucu, itu menakutkan!,” tulisnya.

Sementara itu, Caprice mengakui apa yang berlaku ini adalah tidak normal sama sekali terutamanya apabila individu tersebut bergelar seorang ustaz.

“No Malaysia, ini tidak normal… terutamnya apabila ia datang dari seorang ustaz. Anda telah tertipu dengan pakaian mereka.

“Akhir zaman bukan takat zaman fitnah tapi, zaman penuh dengan munafik juga. Doa supaya kita dapat hidayah untuk selamatkan umat kita dari golongan-golongan macam ni yang boleh buat ramai terpesong,” katanya.

 

Namun, apa yang memeranjatkan adalah, ramai mangsa tampil mendedahkan bukti dan perkara sebenar yang pernah menimpa mereka membabitkan pendakwah selebriti tersebut.

Written by: Salma