Hot FM

UM siasat dakwaan pensyarah kanan ahli freemason


UNIVERSITI MALAYA
Universiti Malaya meminta orang ramai beri ruang kepada proses siasatan bagi elak sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan.
PETALING JAYA:

Universiti Malaya (UM) mulakan siasatan dalaman susulan dakwaan tular di media sosial mengaitkan seorang pensyarah kanan institusi itu sebagai pengikut kumpulan freemason.

Dalam kenyataan, universiti itu berkata pihaknya mengambil maklum isu berkenaan dan sedang meneliti perkara itu secara menyeluruh berlandaskan undang-undang sedia ada.

“UM memulakan siasatan dalaman bagi mendapatkan gambaran menyeluruh dan meneliti perkara berkenaan secara adil, telus dan berlandaskan peruntukan undang-undang serta peraturan universiti yang berkuat kuasa.

“UM komited untuk memastikan setiap perkara ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab, selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik,” kata kenyataan itu.

Universiti itu turut menasihatkan orang ramai supaya memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version