

Umat Islam perlu menjadi contoh terbaik kepada seluruh masyarakat menerusi akhlak, integriti, ketekunan bekerja serta sikap menolak rasuah dan penyelewengan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, penghormatan masyarakat terhadap umat Islam perlu lahir daripada nilai baik yang ditunjukkan dalam kehidupan seharian termasuk bekerja dengan rajin, menepati janji dan tidak menyalahgunakan amanah.
“Kalau orang lihat kita bekerja rajin, berakhlak baik, tidak menipu dan tidak sakau duit, orang akan hormat kita. Kita perlu jadi contoh yang baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Maulid Akbar bersempena dengan Hari Kebangsaan di Masjid Tengah hari ini.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.
Anwar berkata, Islam membawa mesej rahmat dan kebaikan kepada semua,…