Pempengaruh, Umisya Mazlan tampil membidas komen individu mulut celupar selepas dia berkongsi video mempromosikan sebuah produk di platform TikTok.
Menerusi video tersebut difahamkan Umisya seolah-olah mengatakan suaminya, Aslam semakin sayang kepadanya selepas menggunakan produk tersebut.
Susulan itu, ada individu yang mempertikaikan kenyataan Umisya ketika mempromosikan produk itu mengatakan dia tidak jujur dalam berniaga.
“Berniaga kena jujur.. Suami makin sayang apa benda kalau boleh kahwin lain. Hahaha maaf terlepas cakap,” katanya.
Berang dengan komen tersebut, Umisya yang merupakan madu kepada anak pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania membalas sinis individu tersebut.
“Nak buat macam mana dah laki kahwin lain kak, hal rumah tangga takkan nak bawa ke niaga pula kan?
“Alhamdulillah. Lepas poligami laki makin sayang. Tak percaya? Cuba minta laki akak kahwin lagi,” bidasnya sinis.

Sebelum ini, Umisya atau lebih mesra disapa sebagai Misya ini mengakui tidak mencari populariti, sebaliknya dia hanya mahu kebahagiaan bersama suami dan anak-anak.
Artikel Berkaitan: Nama Semakin Popular Gara-Gara Marissa Dania? Ini Respons Umisya Mazlan