
PETALING JAYA: Umno Pahang akan melawan cita-cita Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Nor yang menyasarkan untuk meluaskan kuasanya di negeri pantai timur itu.
Bercakap kepada FMT, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Shahaniza Shamsuddin berkata mereka tidak boleh memandang remeh impian PAS itu terutama dengan kemaraan ditunjukkannya kini.
“Kita anggap sebagai cabaran untuk perkuatkan jentera parti dan memperkasakan lebih ramai kepimpinan muda bagi mempertahankan Pahang dalam PRU akan datang,” katanya yang juga ketua Umno Maran.

Pada Muktamar PAS ke-69 bulan lalu, Sanusi berkata pihaknya berhasrat menguasai Pahang dan Perak selain mengekalkan empat negeri sedia ada iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, serta Perlis.
Beliau yang juga menteri besar Kedah berkata PAS perlu mengambil pelbagai langkah dan tidak hanya terkurung dengan politik tradisi, selain berusaha menambah…