Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Umno antara parti Melayu terbaik, kata Khalid

today25 July 2023

Background


Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata Umno telah lama berjasa kepada negara.

PETALING JAYA: Pemimpin Amanah Khalid Samad sebelum ini antara individu yang lantang mengkritik Umno, namun hari ini beliau menamakan Umno antara parti Melayu terbaik di negara.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah berkata Umno berkongsi pandangan yang sama seperti Pakatan Harapan (PH) dalam politik iaitu untuk mentadbir dan menyelesaikan masalah rakyat.

“Parti Melayu ada tiga yang benar-benar berdiri di atas nama parti Melayu. Antara yang tiga ni, kita lihat yang terbaik adalah Umno.

“Kerana paling kurang dia (Umno) faham politik itu untuk apa. Mereka telah berjasa, sekian lama,” katanya dalam satu ceramah PH di Shah Alam.

Beliau tidak menamakan dua lagi parti Melayu itu tetapi difahamkan ia dituju kepada PAS dan Bersatu.

Khalid pada awal tahun ini mencetuskan kemarahan Umno apabila menggesa permohonan pengampunan bekas presiden Umno Najib Razak ditolak.

Kenyataan itu menyebabkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Joel Shasitiran


Previous post