Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Umno belum terima rayuan pemimpin digantung keahlian

today9 February 2023

Background



Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika ada rayuan dikemukakan, ia akan diserahkan kepada Lembaga Disiplin untuk menentukannya.

PUTRAJAYA: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada permohonan rayuan diterima daripada pemimpin yang digantung keahliannya baru-baru ini.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 27 Jan lalu menggantung keahlian Bendahari Agung Barisan Nasional, Hishammuddin Hussein dan bekas ADUN Tiram, Maulizan Bujang selama enam tahun.

Zahid berkata, jika ada rayuan dikemukakan, ia akan diserahkan kepada Lembaga Disiplin untuk menentukannya.

“Setakat ini, belum ada pemimpin Umno yang digantung dan dipecat keahliannya mengemukakan rayuan. Saya akan terima, tapi biarkan Lembaga Disiplin untuk teliti,” katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Terdahulu, Ketua Umno Johor, Mohamed Khaled Nordin dilaporkan mahu Hishammuddin dan Maulizan mengemukakan rayuan serta membela diri terhadap pertuduhan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Mohamad Fadli


Previous post