

Beberapa pemimpin Umno menegaskan isu kerjasama dengan DAP tidak seharusnya dijadikan sebagai alasan oleh mana-mana pihak untuk menolak inisiatif ‘Rumah Bangsa’, satu usaha parti itu menyatukan Melayu.
Ketua Puteri Umno Nurul Amal Mohd Fauzi menegaskan, parti itu tidak pernah mengikat sebarang kontrak politik dengan DAP dan hanya bersama dalam kerajaan perpaduan yang turut dianggotai pelbagai parti lain.
Menurutnya, perbezaan pandangan tidak sepatutnya menjadi faktor perpecahan jika semua pihak bersedia mencari titik persamaan.
“Perbezaan tidak memisahkan, tetapi menguatkan jika disatukan,” katanya.
Presiden Umno Zahid Hamidi sebelum ini mempelawa ahli yang dipecat dan digantung untuk kembali menyertai parti berkenaan menerusi insiatif ‘Rumah Bangsa’.
Bagaimanapun, segelintir bekas pemimpin Umno menolak pelawaan untuk menyertai…