Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Umno dorong penyatuan di Sabah, bukan pecah-belah, kata Zahid

today20 April 2024

Background


Presiden Umno Zahid Hamidi bersalaman dengan ahli Umno pada Majlis Perasmian Persidangan Cawangan Umno Bahagian dan Santapan Hari Raya Aidilfitri Umno Putatan, Sabah, malam ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Usaha membawa masuk Umno ke Sabah suatu ketika dahulu bukan untuk memecah-belahkan parti-parti Sabah, Sarawak atau Semenanjung, sebaliknya bertujuan menyatukan rakyat bawah payung yang sama, kata Zahid Hamidi.

Hal ini kerana Umno adalah sebuah parti kebangsaan yang memperjuangkan nasib rakyat di seluruh negara, termasuk Sabah, kata presidennya itu.

Kemasukan Umno ke Sabah adalah atas keinginan rakyat negeri itu sendiri, jelasnya.

Malah, katanya, Datu Mustapha Datu Harun, presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) ketika itu, mahukan “percantuman” jiwa antara rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

“Umno asalnya tiada hasrat untuk masuk ke Sabah tetapi dijemput oleh orang Sabah. Rakyat Sabah yang mahukan Umno bersama-sama berkembang di negeri ini,” katanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Perjuangan skuad B-23 di Doha berakhir

Kuala Lumpur: Kempen skuad bawah 23 (B-23) tahun negara di Piala Asia B-23 berakhir lebih awal selepas tewas buat kali kedua berturut-turut dalam aksi Kumpulan D apabila tumbang 0-2 di tangan Vietnam di Stadium Antarabangsa Khalifa di Doha, Qatar malam tadi.

today20 April 2024