Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Umno enggan GRS didaftar? | Free Malaysia Today (FMT)

today27 November 2021

Background



Apabila GRS menjadi rasmi, semua parti mesti patuh kepada arahan pengerusi gabungan, menurut penganalisis. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Penganalisis menjangkakan lebih banyak parti komponen yang menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menolak sebarang cubaan untuk mendaftar gabungan itu.

Mereka berkata, Umno umpamanya, tidak mahu terikat dengan sebarang pakatan selain Barisan Nasional (BN) yang dipimpinnya.

“Apabila GRS menjadi rasmi, semua parti mesti patuh kepada arahan pengerusi gabungan,” kata Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM).

“Ini tidak akan memberi kelebihan kepada Umno kerana kuasanya untuk tawar menawar akan hilang. Ia tidak mahu terperangkap seperti itu.

“Tambahan pula, Umno tidak mahu berkompromi mengenai kerusi dengan Bersatu.”

Manakala Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir berkata PBS juga akan kehilangan sesuatu selepas GRS menjadi gabungan rasmi.

“Cabaran utamanya ialah mereka perlu berkompromi dari…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Durie Rainer Fong


Previous post