Shahelmey Yahya digantung keahlian selama enam tahun kerana menyokong Ketua Menteri Hajiji Noor.

PETALING JAYA: Umno menggantung keahlian Ahli Parlimen Putatan, Shahelmey Yahya selama enam tahun kerana tidak akur dengan arahan parti dalam usaha menyingkirkan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor pada awal tahun ini.
Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin mengesahkan perkara itu, lapor Astro Awani.
“Well… dia kena gantung enam tahun,” katanya ringkas.
Shahelmey yang juga Adun Tanjung Keramat antara empat Adun Umno yang memutuskan untuk menyokong Hajiji selepas Umno Sabah menarik sokongan terhadap ketua menteri itu.
Tiga lagi Adun adalah Arsad Bistari (Tempasuk), Jasnih Daya (Pantai Dalit) dan James Ratib (Sugut).
Bulan lalu, Shahelmey yang juga timbalan ketua menteri berkata, beliau menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk…