
PETALING JAYA: Desakan Umno supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini didorong dengan harapan musim monsun dan banjir menyebabkan ramai orang tidak keluar mengundi, kata Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu mendakwa, strategi yang sama digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum sebelum ini dengan memastikan hari mengundi jatuh pada hari Rabu.
“Malangnya, ia tidak menjadi kerana rakyat Malaysia keluar untuk mengundi dengan kadar keluar mengundi yang tinggi dan menamatkan kleptokrasi,” katanya di Twitter.
Mahathir mendakwa, dengan mengadakan PRU15 ketika musim hujan, BN mahu pemimpin kleptokrasi kembali berkuasa.
Bagaimanapun, beliau yakin rakyat Malaysia tidak akan membiarkan ini berlaku dan akan keluar untuk menghalang ” pemimpin kleptokrasi”…